Thursday, December 2, 2010

yahudi menghalalkan perempuan meniduri musuh untuk mendapatkan maklumat...tgk semua!

Undang-undang Yahudi membenarkan wanita-wanita mereka meniduri musuh bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang boleh membawa kepada keselamatan Israel, kata seorang rabbi seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar Isnin lalu.

Akhbar Yediot Aharonot melaporkan tentang satu artikel oleh Ari Shvat, seorang pakar undang-undang Yahudi, di mana beliau menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang dibolehkan untuk mengadakan hubungan seks dengan “teroris” bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan mereka.

Kajiannya, yang hanya merujuk kepada agen-agen wanita, tersiar di bawah tajuk "Seks terlarang untuk Keselamatan Negara" dalam jurnal yang diterbitkan oleh sebuah institut kajian agama dalam blok penempatan  Gush Etzion berhampiran Jerusalem.

Ia mengaitkan cerita-cerita dalam Bible tentang wanita-wanita yang menggoda tentera musuh bagi mendapatkan maklumat berharga, sambil menambah bahawa “tugas seumpama itu paling sesuai diberikan kepada wanita-wanita yang tidak bermoral."

Dalam kes di mana seorang wanita itu terpaksa mengahwini tentera musuh bagi mendapatkan kepercayaannya, Shvat mencadangkan supaya wanita tersebut menceraikan suami sebenarnya terlebih dahulu.

Syor tersebut ditujukan kepada agensi perisikan Israel, Mossad, dan dianggap satu pengecualiaan kepada larangan penipuan dan seks di luar perkahwinan dalam agama.

Antara wajah-wajah agen wanita MOSSAD
beritaislamglobal.blogspot.com

Wednesday, December 1, 2010

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.


  • 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

  • 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

  • 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

  • 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

  • 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

  • 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

  • 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

    lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  • 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

  • 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

  • 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

  • 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

  • 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

  • jenis2 nafsu

    Jenis-Jenis Nafsu
    Nafsu #1
    Nafsu Amarah: Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.

    Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….

    Nafsu #2
    Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.

    Orang sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginyalagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….

    Nafsu #3
    Nafsu Mutmainnah: iaitu jiwa yang tenang.

    Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah redha dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

    Renung-renungkan dan selamat beramal.