Tuesday, November 30, 2010

sedikit nasihat untuk rakan2..hehe

Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)


Tiap kali aku mendengar lagu ini..pasti aku akan tringant 2 peristiwa y besar dlam hidup ku..yang pertama ketika aku berada  sekolah menengah..sekolah y amat aku sayangi pada suatu ketika dulu..ketika aku di tigkatan 5 .aku seorang MPP(majlis perwakilan Pelajar), ramai pelajar sekolah aku tergila-gilakan jawatan ini..haha..konon-kononnya hebat dapat jawatan itu.sedangkan aku terima jawatan itu ,hanya untuk menghilangkan rasa bosan dan kekecewaan aku ,yang tidak mendapat kebenaran untuk ke sekolah MRSM Kuala Krai..Allah sajalah yang memahami perasaan aku ketika itu..masih segar lagi dalam ingatan aku dengan kata-kata sahabat aku yang mengutuk dan menghina aku,dek kerana hasad dengki manusia." ko pengang jawatan nak menunjuk je tu.." " ko ni kaki perempuan...sosial..pengang je jawatan MPP ,tp xpandai jaga diri.." ..betapa sakit hati ini..hingga ke hari ini .aku bawa perasaan ini...hehe...dan aku juga di fitnah oleh seorang perempuan ketika itu..dengan perkara yang sama..aku menghadapi SPM tahun itu dengan hati yang berduka cita...dan ia memberikan kesan yang amat buruk didalam keputusan sPM aku ..sampai hari ini.,aku menjadi seorang membenci kepada sekolah aku dan xmempercayai kepada kawan-kawan aku,,..Peristiwa kedua yang masih segar dalam ingatanku ialah..aku di hina ketika aku menolak tawaran ke universiti...aku terpaksa berada di rumah satu semester..aku xkan lupa semua kata2 yang buat aku terasa..hehe...aku menolak tawaran itu kerana aku punya cita2 aku untuk umat islam d seluruh dunia.bukan aku memilih..aku mesti membantu umat islam yang dalam keadaan yang makin lama ,makin teruk dan mundur...antara kata-kata dari orang sekitar aku ketika menganggur ini..'" kenapa memilih sangat ni.." ini adalah kata2 sahabat aku sendiri..hehe..aku ingat mase tu aku tengah dilanda pelbagai masalah..ketika ini aku berada di pejabat ABIM Kelantan... "lepas ni ,jangan buat hal lagi belaja.." ni adalah kata2 seorang sahabat aku..ketika itu YDP ABim Kelantan berda di situ..betapa aku malu ketika sahabat aku menghina aku di depan orang..aku hanya mampu diam.. "haikal tu,,dah xnak sambung belajar ke..asyik berada disini je.." kata2 dari beberapa orang guru di SRI AL-Hikmah..hehe..aku terasa sangat2 ..hehe..aku berada di situ kerana aku nk meneruskan tarbiah untuk adik2 ASLAH dan adik2 SRI..buka aku untuk suka2 disana.hehe "kau ni haikal hanya layak jadi tukang sapu je.@tukang kebun.." ni kata salah seorang warga pendidik di SK SABAK..ketika itu aku berkhidmat sebagai guru ganti...di sekolah tersebut..betapa hina nya diri aku ketika itu..hehe..sampai aku dihina sebegitu rupa..mulai dari saat itu..aku sudah mula hilang menghormati intitusi perguruaan..kerana berdasarkan pemerhatian aku..kebanyakan guru2 sekarang lebih mementingkan wang dari kejayaan anak murid.." kau ni jantan xguna haikal.." ini adalah kata2 dari seorang perempuan yang aku percayai walaupaun aku sering di tipu olehnya..hehe..kadang aku terfikir..aku ni terlalu lemah lembut dan terlalu memikirkan perasaan orang lain dari perasaan aku sendiri..ketika itu..aku betul2 memerlukan dia..tetapi akhirnya aku d tinggalkan dia..hehe..di sebabkan ini...aku menjadi serik untuk menerima ape2 jawatan ..aku lebih selesa hidup tanpa ape2 kerana aku tahu ,niat aku hanya untuk membantu umat islam..dan aku benar2 yakin dengan tindakan aku..aku xkan pernah lupa akan semua perkara yang berlaku dalam hidup aku ini..hehe..aku mengaku kadang2 ia memebuatkn aku putus asa...tetapi inilah titik kekuatan aku...untuk menghadapi dugaan ini..agar aku x terhenti d pertengahan jalan..aku harap sahabat2 yang membaca tulisan pendek aku ini...dapat mengambil pengajaran dari pengalaman hidup ku ini..walaupn ia mungkin di lihat biasa....sekarang aku telah mendapat tawaran kos yang aku idamkan..syukur.tetapi hati aku xmungkin akan memaafkan ape yang aku di hina..maafkan sy ini adalah kali pertama saya menulis di Blog..terima kasih kerana sudi membaca...apunkan segala dosa2 ku Ya RABBi...

Lelaki Idaman Setiap Wanita

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Menjemput Bidadari

Menjemput Bidadari

Album :
Munsyid : Epicentrum
http://liriknasyid.com



Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Sunday, November 28, 2010

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

"(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, "Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu" [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan "fast-cash" untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu'alam.

Saturday, November 27, 2010

Cabaran Mahasiswa


Menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi adalah impian kebanyakan remaja yang bercita-cita tinggi. Apatah lagi surat tawaran datang dari institusi pengajian tinggi awam yang tersohor dan ternama. Gaya hidup sebagai mahasiswa penuh prestij dan bergaya terbayang di mata. Namun, di sebalik itu semua, pernahkah terlintas di fikiran tentang kesukaran dan cabarannya.


RM…Ringgit Malaysia & Rungsingnya Mahasiswa

Secara zahirnya, bagi mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang mampu, isu kewangan adalah masalah yang paling utama. Bagi yang datang dari keluarga yang berkemampuan, wang kiriman FAMA (Father & Mother) dijadikan sumber kewangan tambahan di samping wang pinjaman PTPTN atau penaja lain. Jika lebih bernasib baik, abang dan kakak yang telah bekerja boleh dicuit untuk membantu. Masalah kewangan adalah masalah umum mahasiswa.

Kos sara hidup yang meningkat seperti sewa rumah atau bilik, kos makanan dan minuman, pengangkutan dan kos membeli peralatan pengajian adalah congakan yang diambil kira dalam merancang perbelanjaan. Jika ada wang, nasi lengkap dengan lauk pauk menjadi pilihan. Kurang wang bererti roti dan mee segera menjadi makanan ruji.

Berat untuk diakui, tetapi itu realiti. Masalah kewangan menjadi salah satu tekanan yang berat dan memberi kesan kepada prestasi akademik mahasiswa.

Kitaran Hidup Mahasiswa..Rutin..Rutin..Rutin..

Lazimnya pengajian di universiti meliputi aktiviti-aktiviti yang rutin dan formal. Kuliah demi kuliah diikuti dengan senarai tugasan yang menyesakkan dada. Kuiz, ujian dan peperiksaan akhir adalah medan menguji sejauh mana kemampuan mahasiswa menghadam pengajian. Bagi yang aktif sedikit akan terlibat dengan persatuan, sukan dan badan beruniform. Setidak-tidaknya untuk memenuhi keperluan markah bagi kokurikulum.

Dari sudut akademik, timbul persoalan, adakah pengajian formal yang diikuti mengikut bidang masing-masing mampu mematangkan minda dan personaliti mahasiswa? Mampukah ilmu yang dipelajari dapat dijadikan sandaran untuk mahasiswa menempatkan diri dalam alam pekerjaan. Mengapa terdapat mahasiswa yang gagal dalam usaha mencari pekerjaan yang sesuai dan terpaksa mengambil keputusan menganggur?

Pasaran Pekerjaan : Merebut Atau Direbut…

Cabaran dalam dunia global menuntut agar majikan merekrut pekerja yang benar-benar berkualiti jika ingin syarikatnya kekal dan bertahan. Kualiti mahasiswa yang diinginkan oleh majikan hari ini bukan setakat pencapaian 4.00 CGPA dan deretan keputusan ‘A’ bagi setiap subjek dalam transkrip akademik. Sebaliknya kebanyakan majikan mahukan graduan yang berketrampilan, mudah menyesuaikan diri, kreatif dan kritis serta mampu berdikari. Majikan kini bukan mahukan pekerja yang taat membuta tuli dan bersikap ‘yes-man’. Mereka mahu pekerja yang bukan setakat mampu bekerja tanpa pengawasasan yang terlalu kerap tetapi juga mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dan wajar.

Bagaimana mahasiswa dapat memenuhi kriteria-kriteria extra-ordinary seperti ini? Pengajian formal di bilik kuliah tidak menyajikan pengetahuan seperti ini. Sekadar bergantung kepada modul-modul dan satu-dua buku rujukan tidak mencukupi untuk membentuk bakal pekerja yang berkualiti. Belajar bersendirian dalam karel-karel perpustakaan dan tidak bercampur dengan mahasiswa lain dalam perbincangan ilmiah harus dielakkan. Menjadi ‘passanger’ dalam pelaksanaan tugasan berkumpulan tidak harus diamalkan.

Konsep dan teori yang membicarakan tentang ciri-ciri dan personaliti pekerja yang ideal dicatat dalam pelbagai jenis buku pengurusan. Pelbagai jenis buku motivasi membanjiri pasaran buku yang boleh dijadikan rujukan. Namun semua itu sekadar konsep dan teori. Mahasiswa sendiri harus berusaha mengubah ‘mind-setting’ dengan mengubah sikap dan cara hidup. Mahasiswa harus mengubah diri dengan rajin mengetengahkan diri dalam kerja berpasukan. Dengan bimbingan para pensyarah melalui diskusi ilmu dan makluman am secara tidak formal, mahasiswa mampu memahami bagaimana pendekatan yang sesuai untuk dirinya dalam menganalisis dan merungkai permasalahan.

Mahasiswa boleh belajar dengan para pensyarah secara tidak formal untuk berfikiran kritis dan berfikir tahap tinggi. Dengan mengambil pandangan dari rakan-rakan sekuliah, mahasiswa sudah boleh membentuk personaliti dan pendekatan komunikasi yang sesuai untuk dilihat lebih berketrampilan.

Dengan bantuan rakan-rakan sekuliah, mahasiswa boleh mengambil kesempatan belajar bahasa asing terutama bahasa Inggeris dan cuba menguasainya. Mulakan langkah pertama untuk melaksanakannya dan menguasainya. Semua itu akan menjadi sesuatu yang ‘extra-ordinary’ jika anda berada dalam kedudukan calon temuduga pekerjaan bukan?

Bukankah berat cabaran yang harus dilalui sebagai mahasiswa? Sudahlah terpaksa bersaing diperingkat sekolah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi warga kampus. Setelah menjadi warga kampus, cabaran besar menanti mahasiswa adalah persoalan ‘how to survive’. Mahasiswa menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan diri bergraduat dan membawa pulang ijazah dan transkrip yang merupakan impian diri dan harapan keluarga. Perjuangan lebih getir bakal menanti mahasiswa yang berjinak-jinak mengintai peluang pekerjaan adalah sukarnya untuk mendapat perhatian bakal majikan untuk satu jawatan.

Cabaran Sebenar Mahasiswa…

Di sebalik semua cabaran yang tersurat ini, cabaran tersirat yang dihadapi oleh semua mahasiswa adalah cabaran untuk menangkis pelbagai tanggapan negatif masyarakat terhadap mahasiswa. Jika suatu ketika dahulu, mahasiswa dianggap sebagai satu kelompok masyarakat yang elit dan dipandang tinggi. Dahulu mahasiswa menjadi idola dan contoh oleh pelajar-pelajar di bangku sekolah. Ibu-bapa menjadikan mahasiswa sebagai ‘role-model’ dan mahukan anak-anak mereka meraih gelaran yang sama suatu hari nanti. Menjadi budak ‘U’ adalah satu pengiktirafan yang ‘glamour’ dan berprestij. Bagi remaja lelaki ketika itu, gelaran budak ‘U’ dijadikan saham untuk menarik perhatian gadis pujaan.

Tetapi entah di mana silapnya, segelintir mahasiswa generasi kini menjadi bahan tohmahan dan cacian. Mengapa masyarakat setempat selalu mengaitkan mahasiswa dengan kes buang bayi, maksiat, khalwat dan pergaulan bebas? Mengapa mahasiswa generasi sekarang dianggap sebagai manja, tidak mampu berdikari, gemarkan hiburan, mensia-siakan waktu dan suka bergaya?

Mahasiswa berhadapan dengan cabaran yang sukar, iaitu cabaran untuk menghadapi diri sendiri. Berusaha mendisiplinkan diri, menguruskan diri sendiri dan berdikari serta kemampuan untuk memilih rakan yang betul adalah pendekatan pembetulan yang mudah. Dunia mahasiswa adalah dunia yang bebas. Walaupun terikat dengan jadual kuliah dan tugasan, waktu selebihnya adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan budibicara mahasiswa berkenaan untuk menguruskan diri dan masa. Mahasiswa yang intelek adalah mahasiswa yang bijak mengambil ruang dan peluang untuk mencari rakan yang boleh membimbing. Mahasiswa seharusnya bijak mengambil peluang bukan setakat untuk menuntut ilmu sebagaimana yang ditetapkan dalam silibus, tetapi meningkatkan penguasaan ilmu agama. Mahasiswa seharusnya menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.

Pengamalan Islam sebagai cara hidup dapat membantu mahasiswa mengelakkan diri dari terjebak dengan pergaulan bebas dan aktiviti lain yang membuang masa dan sia-sia. Bergaul dengan rakan-rakan boleh membimbing dan menggalakkan kita aktif dalam program-program keagamaan yang membantu membentuk ketrampilan diri. Selain dari itu, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dapat membantu mahasiswa membina hubungan yang erat dengan keluarga, rakan sepengajian dan para pensyarah. Hubungan erat sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan sokongan moral dari semua pihak malah menambahkan keberkatan ilmu yang diperolehi. Insya Allah.

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan sedikit ttg wanita


Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...


Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah

sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: - 1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 5) Lelaki yang baik sangka 6) Lelaki yang tak pernah putus asa 7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah,adalah: - 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL

Nasihat Lukman Al-Hakim


Lukman Al-Hakim telah menasihati anaknya supaya berpegang teguh dengan apa yang dia ingin sampaikan. Jika anaknya dapat berpegang dengan nasihatnya maka dia tidak akan sesat. Isi kandungan nasihat Lukman Al-Hakim terhadap anaknya :

  1. apabila engkau berada dalam solat jagalah hatimu
  2. apabila engkau bersama orang jagalah lidahmu
  3. apabila engkau mendapat nikmat jagalah akhlakmu
  4. apabila engkau berada di rumah orang jagalah matamu
  5. hendaklah engkau ingat sesuatu perkara sepanjang masa ,
  6. dan hendaklah engkau lupakan sesuatu perkara selama-lamanya ;
  7. ihsan atau sumbangan engkau kepada orang lain ,
  8. dan perbuatan buruk orang lain terhadap engkau.
Lukman Al-Hakim

antara lirik yang selalu saya hepy..

Aku Ingin Mencintai-Mu

Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com



Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Wednesday, November 24, 2010

hari pertama

ini la pertama kali aku menulis blog...hehe...rase xsabar ntk belaja lebih banyak tntang blog ni..hehe